ISO 4217
ISO 4217

ISO 4217

ISO 4217, juga di kenali sebagai kod mata wang, ialah kod tiga huruf piawai antarabangsa yang dirumuskan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) untuk mentakrifkan nama mata wang. Kod itu bukan sahaja digunakan untuk mata wang tetapi juga untuk logam berharga (emas, perak, paladium, dan platinum), serta sesetengah entiti yang lain yang digunakan dalam kewangan antarabangsa, misalnya Hak Pengeluaran Khas (HPK). siPenggunaan senarai kod ISO 4217 ialah norma yang mantap dalam bidang perbankan dan perniagaan di seluruh dunia. Di banyak negara, kadar pertukaran untuk mata wang yang umum dan yang kodnya dikenali ramai diterbitkan di dalam akhbar atau dipaparkan di dalam bank. Kod ISO 4217 juga digunakan oleh tiket penerbangan dan tiket kereta api antarabangsa untuk mengelakkan sebarang kekaburan harga tiketnya.